Followers

Pages

PENGUMUMAN:

perhatian: buat masa sekarang tempahan craft tidak diterima buat
sementara waktu,
pembelian utk barang2 kraft seperti keychain hanger,sewaan dulang hantaran yang lain masih berjalan seperti biasa.harap maklum ,terima kasih!

Saturday, December 31, 2011

selamat tahun baru 2012,..

selamat datang tahun baru 2012,.
tinggallah tahun 2011 ...
tahun 2011 , tahun yang sarat dengan suka dan duka,..
biarpun ada impian dan harapan yang masih tak tercapai..
namun kesyukuran harus ada kerana kita ini manusia.

semoga datangnya 2012,kita akan lebih berusaha dengan gigih,..
lebih matang,lebih semangat dan dipelihara ALLAH SWT agar apa yang kita lakukan ini mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.
sejujurnya aku mengagumi mereka2 yang semangat terus berkarya biarpun sarat dengan tanggungjawab.
pinjamkan,berikanlah aku sedikit semangat itu agar aku upaya mengikuti langkamu!...
selamat tahun baru 2012 dari kami
craftkami.blogspot

Friday, December 30, 2011

Book mark kawanku,....


anggaplah ini sebagai pengganti bagi yang telah hilang di seberang laut...hehe


ini antara sahabatku,..sahabat blogger yang sama2 meniti kehidupan yang penuh dengan cabaran,...sesuatu yang hebat tentang dia,dia sgt hebat dalam kerjaya kami,ilmu dia memang lebih dari aku,..dialah selalu jadi buku rujukan aku dan sifu,..dan dia lah antara sahabatku yang akan aku kenang,Ya Allah panjangkan lah usia persahabatan kami ini...dan littlelulu,kau anggapla book mark ini sebagai pengganti bagi yang telah hilang itu...sesuatu yang hilang pasti tidak sama namun dengan kehadirannya umpama pengubat segala....
material : kayu batang eskem n riben,butang n denim yang ditulis namanyee...
ini blog nye buleh la singgah,rajin berjalan orangnye.....pasangan bahagia..
sayang selalu....itu pasti!
oh ya!maafye gambar ke2 tu aku amik dari blog mu itew ahaksss...


Wednesday, December 28, 2011

utk kawan,hanya kawan...

untuk kawan,hanya kawan,...
untukmu kawan,kawan,....kawanku...
itulah kawanku...
fridge magnet & keychain es kem

Tuesday, December 27, 2011

sesekali try ,nak join jom!

sesekali kita menjengah blog kengkawan di alam maya ,dan sesekali kita akan belajar dan mencontohi dan menjointkan diri kita utk mengeratkan lagi persahabatan di alam maya ini!so rebutlah peluang yang di sediakan oleh cik kiz utk menaikkan traffic kita dan menambahkan kenalan! so ikot je syarat yg mudah cmni
utk segmen "Bloglist X-Change" dan "Review Ur blog :
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. jom Follow blog cik Kiz kalau rajin ( tak nak pun takpe )
2. Buat entri pasal segmen ni kat blog kita..
3. dan semEstinya kena la ada blogla kan..
4. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist kita.
5. Lepas letak link, sila komen kat entri cik kiz beserta Nama Blog and Link Blog kita
6. Nanti cik Kiz akan terjah blog kita tau! dan kalo ada link cik kiz ,baru cik kiz akan letak pula blog kita tuu kat senarai blog die...
so apa tunggu lagi,klik je kat bawah ni....






okes yang ke dua pulak.....treng treng trenggggg....


utk segmen ni syarat nye mcm kat atas jugak...

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Buat satu entri 1 je kat blog kita ye pasal segmen ni
2. Follow Blog cik Kiz kalau rajin
3. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist kita ye
4. Mesti ada Blog sendiri..itu sudah wajib!
5. Untuk join, sila sertakan NAMA beserta LINK blog kita ye kat bahagian comment
6. TARIKH TUTUP : 12 JAN 2012
mudahkan kawan2.so apa tunggu lagi,pakat2 pi jenguk dan meramaikan lagi sahabat kita di disini..

utk cik kiz
terima kasih kerana menganjurkan segmen seperti ini~!

Thursday, December 8, 2011

sayang wawa....hiasan di pintu

sesekali menyepi,..
rasa rindu ada jugak..
sempat jugak menyiapkan hiasan pintu khas buat adik wawa yang menyambut hari lahir pada bulan dis..






sekuntum bunga meKAR...

Monday, November 21, 2011

GIVEAWAY-creative aksesori YANG PERTAMA!


jom, jom jom sertai GIVEWAY DI crEATIVE Aksesori 2011
senangje kengkawan,jompakat join...
tarikh tutup 23 nov 2011
semoga Nor berkarya dan memeriahkan dunia kraft felt di Malaysia.. ...
oh ya kalonak tau apa syarat2 nya klik kat atas tu ye...

Monday, November 14, 2011

boleh order sekarang...jika mahu

boley order sekarang jika mahu....sebab stok nak g amik esok.....


sapa cepat dia dapat.....operasi pengeposan akan dilakukan khamis pagi


itu paling cepat,..paling lewat jumaatni...


rm18..tidak termasuk pos
warna bergantung pada stok,terdapat 2 warna...

hitam dan puteh.

boleh pusing-pusing.........





rm18 tk masuk pos


ada ruang 16 lubang...


kepada para penggan yang ingin mengOrder produk di ATAS boleh sms pada saya atau emelkan pada saya di wanikeni@yahoo.com / 019-2234678 namun sms adalah digalakkan utk respon s yang cepat


kos pos adalah rm7. 00 (pos daftar)


terima kasih atas perhatian yang diberikan...


coD: ARea kLiA,B.BAru saLAKtinGGI , Nilai, n9

Sunday, November 13, 2011

sesekali merasa...

sesekali aku merasa nak pencen,
sesekali rasa sayaangggggg sgt..
sesekalii rasa nak update blog selalu...huhu
tapi apa daya,apa daya tk punya waktu,.
aku kagum pada mereka yang seperti aku namun punya semangat yang kuat dan kesabaran yang teball..kagum aku,kagum aku..
aku?....rindu memang rindu namun tak punya waktu...
apa kata orang err belom smpai seruuuu eheheekkkk.....
(pic:kredit to google..)

Saturday, October 22, 2011

berikan aku sedikit masa...





berikan aku sedikit masa,



sedikit masa yang akan menyelesaikan segalanya...



perlu ruang,perlu masa utk segalanya...



tapi adakah aku telah bersedia....?



(kredit : mediamalaya.com)**

Sunday, September 18, 2011

Sewaan dulang hantaran

iklan: SEWAAN dulang hantaran kuning(material plastik)

harga sewaan: rm5 utk 1 unit
ada 13 unit utk disewakan.

sewaan utk 13 set hanya rm60.00

alas dulang tidak disediakan.
deposit diperlukan(jgn risao akan dikembalikan)

lokasi: klia,sepang,nilai n9


boleh terus sms di talian 019-2234678



Monday, August 29, 2011

ooohh my kampung,miss u...rayaMerdeka!

ini my kampung,
sungguh2 meriah,tapi aku tak dapat beraya..
giliran raya aku lambat lagi,2014 insyaALLAH panjang umur itulah giliranku berhari raya di desa..
kerana aku warga kerja syiff.tiada aku,kami... tiadalah operasi yang berkhidmat utk mereka yang ingin pulang ke kampung tak kira jauh dan dekat...
tahun ini tahun istimewa, tahun menyambut syawal dan merdeka pada tempoh yang sama...sudah pasti ada yang istimewa,..
selamat hari raya AIDILFITRI dan selamat hari kemerdekaan buat semua!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!



Sunday, August 28, 2011

salam lebaran


salam lebaran buat semua,
salam sejahtera buat insan tercinta....salam aidilfitri buat semua,tak kira dimana berada semoga semua kan beroleh rahmat dan berkat,memanjangkan silaturrahim bertambah erat tak kira kecil ,besar,tua,muda ,miskin mahupun yang kaya,yang terkenal mahupun tidak semua pasti meraikannya...

sempena 1 syawal ini saya memohon kemaafan andai kata terkasar bahasa,tersalah biacara,teremosi takkena tempatnya,terlebih darikurangnya,..keranasaya juga insan biasa ,yang tak lari dari melakukan kesilapan,..terima kasihbuat teman,terima kasih buat teman di alam maya,terima kasih atas perkongsian ilmu ,berita,petua,resepi,kisah,pengalaman....semoga segalanya dihalalkan...dan terimakasih kerana sudi berkunjung ke sini...

selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir danbatin
daripada
shazwani@wanikeni
& famili.....

Monday, August 1, 2011

hadiah utk izz rayyan...





chooochooochooo

itulah bunyi keretapi thomas n frenz utk rayyan,,..

sebnarnya rayyan ni anak akak ku.,....

dan aku juga telah menyiapkan satu hiasan pintu utk rayyan,sempena hari lahir rayyan yang ke2.

terima kasih jugak buat ummi rayyan yg telah memberi hadiah pada aleesya .

semoag rayyan hepi2 selalu yaa dgn ketapi tu n hepi2 selalu bilatgk gantung2 kat pintu rayyan tu n ingat kat angah ,b,ngah aleesya k..!



Sunday, July 24, 2011

f.Magnet Finie punyaaa....




maaf terlewat finie,..

tempahan kali 2 oleh finie nun jauh di penang..terima kasih kerana menjadi pelanggan yang cukup sporting kerana bersabar menunggu penghasilan produk yang tidak mampu ku lakukan seaktif dulu kerana kekangan waktu tugas dan aktiviti.

permintaan finie mahukan 3 fridge magnet bunga dan 2 lagi dari apa2 je..so 3 kuntum bunga dan sekor kucing dan sekor burung dihasilkan..

terima kasih fini,terimakasih atas tempahan yeea...semoga finie hapy2 selalu ,dan keychain daun tu khas utk finiee k.....(maaf lupa snap rupa keychain daun tu lagi 1 side.)





kalao FINIE suka saya lagi sukaaaaa....~!!

Friday, July 22, 2011

iklan jap: bilik utk DISEWA



tumpang iklan jap utk kawan2...

bilik utk disewakan,kemasukkan utk bulan ogos 2011.

- sedia utk diduduki bila2 masa,.

- kawan serumah yang beragama islam

- utk keterangan lanjut sila hubungi talian tertera:



- bilik di apartment VISTA IMPIANA bukit serdang selangor.

- kemudahan: kolam renang,sauna,gym, gelanggang tenis& badminton

-security,padang permainan,dobi,cybercafe.

-muslim,LELAKI sahaja.

-B.jalil 10 minit,klia 45mnit,puchong 15mnit,kl 20mnit.

-sewa termasuk api+air rm250 (deposit 1+1)

sila hubungi NICK 011-19700032



- bilik di TAMAN MANTAU INDAH 2,mantau seremban.

- sesuai utk muslimah yang bekerja di area seremban 2,seremban.

- 7mnit ke JAYA JUSCO SEREMBAN 2,3mnit ke BANDAR SERI SENDAYAN,

5mnit ke LBJ,25mnit ke kLIA,25mnit KE NILAI.8MNIT KE SEREMBAN.

- 5MNIT ke PERSIMPANGAN TOL SEREMBAN.5mnit ke Hospital KPJ SEREMBAN.

- Sila hubungi ERIN utk keterangan lanjut: 019-3958700





Wednesday, July 20, 2011

gA -setahun jagung- ASMA


SAYA Joint setahun jagung GA dari asma's felt Box kerana:
Impian dan harapan kami serupa!



coretan asma suka saya baca sebb kadang2 bercerita tentang kisah familynya,produknya,khidmat penghantarannya,work stationnya,,dan mcm2 cerita dari langitpertama ini..hehe...

dan saya tk pandai sepertinya utk mengarang kisah2 retetan sehari dlm berkraft....

saya suka membaca kisahnya....


dan utk asma,walaupun andaikata aku tak punya nasib yangbaik utk memenangi hadiah GA darimu,aku kan tetap terus membaca coretan mu langit pertama....! sungguh....

so kawanjom la joint gA setahun jagung BY asma felt box

Friday, July 1, 2011

selesai...lega...

3 bloggers.........

aku bersama antara produk

my kupkek!



geng genster!haha!


posing sat,...sanggup tinggal gerai...


Alhamdulilah ,
Selesai sudah jualan tempoh hari,....
terimakasih kepada pihaK penganjur LSG SKYCHEFBRAHIMS yang menyediakan peluang buat kami peniaga kecil dengan menyediakan tapak percuma bahkan jamuan makan dari pagi sampai ke petang waktu tutup kedai makanan punya laaa mewah.!
almaklumla disitu la lubuk makan heheheheheee.....siap bley tapao...
terimajasih pada kengkawan yang bagi sokongan,terimakasih pada pengunjung seperti ana gb,akmaz lsg,maskargo,geng2 aku, ina@cemmomile dan yang paling penting bisznes partner ku yang sering gado2 utk hasilkan kepotosan yang terbeik chekjuaino , tq to melor@kekodok bolat yang tklekang dek idea,tkkering dek motivasi dan tapak yang amat strategik buat kami!!! dan encik somi yang turut memberi keizinan dan pertulongan buat ku hehe......trimas trimasssssss

Monday, June 27, 2011

kunjungilah kami disini.....



kami disini,di gerai jualan anjuran LSGB sky CHEF BRAHIMS usahasama dengan PERKESO,.....



jumpa kami disini,di gerai jualan craftkami dan chekjuaino.blogspot.



semoga sang mentari kan menyinari esok,amin..........................



MH brooch



dalam kesibukkan kilang memproses produk ada pulak permintaan/tempahan terjah utk membuat brooch utk AJK kat tempat keja ku,...maka sebanyak 25 bji je telah disiapkan,...
demi utk tidak mengeciwakan AJK nye yang merupakan kawanku,berhempas pulas la jugak menyiapkannya,
maka terhasilla brooch yang sepeerti tema yang diinginkan: tema merah ,putih ,biru,..mahukan yang simple ....

Sunday, June 26, 2011

kek tipu,..cobaan

Jadilaaa,alhamdullilah .....



percobaan perTAMA....

boleyla kot....
baru sempat buat,padahal lama dah dok tringat.....

ni baru dalam pembinaan...

tiap -tiap hari sibuk,sibuk dengan segalanya,kekadang terasa jugak sebab orang kata aku ni bz macam ada 10 anak,tapi sebenarnya orang tak paham,yela takkan nak cerita semua benda kat orang kan,,huhuhu...apa yg perlu crita,kita crita,apa yang tak perlu dicerita kita diam2 dahla....
dalam kesibukkan aku nak menyiapkan produk utk dijual pada 28hb ni ,sempat gak curi masa menyambung tugasan/masakan kek tipu(faux cake) ku yang terbengkalai....dah minat punya pasaiiii! niat dihati nak buat macam proo..haha tapi disebabkan kekurangan masa dan fulus mania maka aku telah memcoba sendiri membuat kek tipu itu melalui pemerhatian ku melalui internet maka eksperimen telah dilakukan dan terbengkalai dan disambung dan selesai semalam,....
yang nak tergelaknye,bila dah siap anakku aleesya siap nak usung pi simpan dalam peti es,oowww aduhaianak,ini kek tipu,tak yah simpan dalam peti......dijamin makan tak habis-habis... aarggggh...cit ti@kekodok bulat http://littlelulu-cempaka.blogspot.com/ tak best arr
hang takdak masa meniaga nanti ...apa puntak bleyy....huhu..tkpe la ku paham...ku paham hehe..
Okla,nk teruskan projek penghasilan produk utk jualan hari selasa ni chooow chinn chowwwww....
moga dipermudahkan urusan..................aminnnnn....

Saturday, June 4, 2011

baby rOMper edisi khas.....





sesekali lain dari biasa,


ku coretkan pada kanvas romper si comel aKieF,

mohd lukman akief nama sebenar....anak menakan kepada kawan ku bisha@ noralholbisiah yang amat happy sekali menyambut anak menakannnya yang pertama.....

semoga ceria dan pastinya membawa sinar kebahagiaan hidup ayah dan ibunya iaitu

Tuan Inspektor syeikh@ bang chik & puan/kak na@kak chik pasangannnnnnyaaaaa...biarpun hanya romper biasa namun romper ini tak bisa dibeli dimana-mana,...edisi terhad......hehe....*kalo dijual pun adake orang yang nak membelinyeeee......owhhhhh...

Semoga sudi menerimanya........dariku yang jauh ....aNGAh

Sunday, May 29, 2011

istimewa....buat kawan...










istimewa buat kawan,...serina


kawan sepejabatku yang sering membantu...


ku hadiahkan fridge magnet yang juga boleh dijadikan wall hanging .


sempena harilahirmu,moga kau bahagia dan senyum selalu.....






Wednesday, May 11, 2011

minta maaf pada sEMUA....



minta maaf pada semua,

minta maaf pada emel2 yang tak dpt ku balas,...

minta maaf pada yang telah ku gagalkan impian mereka...

keadaan yang menyesakkan jiwa dan kekusutan yang melanda...

apapun dugaan dan rintangan,kita kena teruskan jugakkan...

entah sampai bila,....entah bila2...semuanya kan berakhir,..

tapi itulah manusia..tklepas dari dugaan,ujian,rintangan,

aku sebagai umatNYA hanya mampu berdoa agar aku dipunya akal yang waras,tahan,cekal,kalis dalam menempuh semua itu.....

buat sahabat kekodok bulat@ http://kekodokbulat.blogspot.com/ terima kasih atas keberANIANMU........maafkan aku ya .....aku sedih niii....serius.....



Sunday, May 1, 2011

stop@berHENTI! dan SeLAMAT hari PEkerja!



segala projek,operasi,kerja2 kraft diberhentikan buat seketika,....

harap maklum....tiada cerita2 menarik seketika....(errr.ada ke yang mengikuti cerita dari aku nii...)

kerana kebiZzzzian yang melanda semenjak 2,3 menjak ni.....sekian.

oh ya...buat seluruh warga Malaysia yang bekerja takkira dimana jua anda berada,apa pun pekerjaan anda,....semoga hari2 yang dilalui sebagai pekerja membuatkan kita lebih tabah demi membantu,menyara hidup kita dan keluarga sebagai manusia yang mensyukuri dan rezeki yang diberkati di muka bumi ALLAH ini....amin,..

Saturday, March 26, 2011

fridge magnet orang kawen...







tempahan f.magnet dari teman sekerja buat anak sedaranya yang melansungkan perkahwinan nun di ipoh perak....
semoga shera dan epey akan bahagia selalu sampai ke anak cucu cicit amin...jumpa lagi.....



ada lagii cerita kamii..

Related Posts with Thumbnails